Naib PM Temu Pemimpin Negara ASEAN

2019-09-21 15:21:45  CRI
Share with:
Naib Perdana Menteri China, Han Zheng bertemu dengan para pemimpin negara ASEAN yang berada di Nanning, Guangxi untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-16.

图片默认标题_fororder_1125021427_15689996324441n

Dalam pertemuan dengan utusan khas Presiden Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan, Han menyatakan China dan Indonesia sama-sama merupakan negara membangun besar dan entiti ekonomi baru muncul di Asia, mempunyai potensi kerjasama besar.

Kedua-dua pihak harus memanfaatkan peluang daripada ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik tahun depan untuk menggalakkan usaha sama membangunkan Jalur dan Laluan, memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan membawa kemajuan lebih besar dalam perkongsian strategik komprehensif.

Luhut yang juga Menteri Koordinator Matirim menyatakan Indonesia berbangga kerana dapat menjadi negara tema CAEXPO kali ini. Melalui usaha bersama, kerjasama pragmatik antara Indonesia dengan China telah membuahkan hasil melimpah ruah yang bermanfaat bagi rakyat.

Indonesia bersedia menimba pengalaman China dalam pembaharuan dan pembangunan negara, di samping meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan serta memperluas pelaburan dan meneroka bidang-bidang kerjasama baharu.

图片默认标题_fororder_1125021427_15689995053721n


Semasa berjumpa Timbalan Presiden Myanmar, Myint Swe, Han menyatakan China dan Myanmar dihubungkan dengan gunung dan sungai, dan ikatan Pauk-Phaw antara rakyat sangat erat.

Beliau menyarankan kedua-dua negara merebut peluang daripada ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun depan, mengekalkan momentum pertukaran lawatan peringkat tinggi, mengoptimumkan reka bentuk peringkat atas dan panduan strategik, mempertingkat sinergi berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan melonjakkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi.

图片默认标题_fororder_1125021427_15689995308271n

Ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Vu Duc Dam, Han menyatakan China dan Vietnam komuniti berkongsi nasib yang bermakna strategik. Kedua-dua pihak hendaklah menggalakkan kerjasama dalam bidang-bidang utama, khususnya yang berorientasikan BRI dan "dua koridor satu lingkaran".

Vietnam selaku pengerusi bergilir ASEAN tahun depan, diharap memainkan peranan positif bagi memajukan hubungan China-ASEAN.

图片默认标题_fororder_1125021427_15689995527951n

Dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Nam Hong, Han menyatakan China dan Kemboja telah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif dan terus bergabung tenaga ke arah komuniti berkongsi nasib pada era baharu ini.

Kedua-dua pihak patut mempercepat penyelarasan strategi pembangunan, bersama-sama membina BRI yang berkualiti, dan mendorong perkembangan dalam projek kerjasama penting supaya membawa lebih banyak faedah kepada rakyat.

图片默认标题_fororder_1125021427_15689995859331n

Semasa berjumpa Timbalan Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, Han Zheng menyatakan pemimpin China dan Laos telah memeterai Pelan Tindakan Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib. Ini memberi panduan kepada perkembangan hubungan bilateral dalam jangka panjang, sekali gus membuka lembaran baharu hubungan bilateral.

图片默认标题_fororder_1125021427_15689996112791n

Ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit, Han Zheng pula menyatakan China dan Thailand harus menggunakan peluang daripada ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik tahun depan untuk memperkasakan perkongsian strategik komprehensif.

Thailand diharap terus memainkan peranan sebagai pengerusi bergilir ASEAN tahun ini bagi menyumbang kepada hubungan China-ASEAN yang lebih kukuh.

张弘