Prinsip Satu China Diterima Umum

2019-09-21 14:54:04  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Kepulauan Solomon dan Kiribati berturut-turut memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan. Keputusan dua negara tersebut sesuai dengan arus sezaman dan aspirasi rakyat, sekali gus mencerminkan prinsip satu China diterima umum oleh masyarakat antarabangsa.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pihah berkuasa Taiwan tidak mempedulikan keperluan pembangunan negara dan rantau berkenaan, bahkan melakukan "diplomasi dolar" dengan niat mewujudkan "dua China" atau "satu China, satu Taiwan". 

Sedangkan, China berpegang pada prinsip sama rata, menghormati hak pelbagai negara memilih jalan pembangunan diri dan menyediakan bantuan tanpa sebarang syarat tambahan yang memacu pembangunan sosioekonomi negara-negara terlibat.

Tindakan memutuskan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan memperlihatkan negara-negara terbabit telah membuat pertimbangan yang betul mengenai situasi semasa dunia serta mengambil keputusan tepat mengikut kepentingan negara dan aspirasi rakyat.

张弘