CAEXPO, CABIS Ke-16 Buka Tirai

2019-09-22 15:13:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125023070_15690665844221n

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-16 membuka tirai di Nanning, wilayah Guangxi semalam.
 
Naib Perdana Menteri China, Han Zheng dalam ucaptamanya pada majlis perasmian menyatakan ASEAN sentiasa diutamakan dalam dasar luar China. Blok itu juga antara tumpuan dalam usaha sama membangunkan  Jalur dan Laluan. 

China bersedia bersama-sama negara-negara ASEAN menyemarakkan semangat Jalan Sutera dengan berprinsipkan berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi serta menjunjung konsep terbuka, hijau dan bersih. 

Sinergi juga akan diperhebat untuk menggalakkan koordinasi dasar, kesalinghubungan kemudahan, kelancaran perdagangan, integrasi kewangan dan persefahaman rakyat, di samping menaiktarafkan perkongsian strategik ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Untuk itu, beliau turut mengemukakan lima cadangan iaitu memperdalam penyelarasan strategi pembangunan, mempererat kerjasama ekonomi dan perdagangan, mempertingkat kesalinghubungan, memperkasakan kerjasama inovasi dan merancakkan pertukaran sosiobudaya.

Selepas majlis pembukaan, Han Zheng telah merasmikan pavilion Indonesia bersama-sama utusan khas Presiden negara itu yang juga Menteri Koordinator Maritim, Luhut Binsar Pandjaitan.

张弘