Laos, Negara Tema CAEXPO Ke-17

2019-09-24 11:37:30  CRI
Share with:


Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-16 yang berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi semalam, menetapkan Laos sebagai negara tema CAEXPO ke-17.

Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO, Wang Lei menyatakan ekspo kali ini ialah acara pertama yang dianjurkan China dan ASEAN selepas Visi Perkongsian Strategik 2030 ditetapkan.

Luas keseluruhan kawasan pameran mencatat 134 ribu meter persegi, iaitu 10 ribu meter persegi lebih luas daripada tahun lepas. Kemboja, Indonesia dan Laos antara tujuh negara ASEAN yang membuka pavilion sendiri.

Sebanyak 2,848 syarikat menyertai ekspo kali ini, 967 atau 34% daripadanya adalah dari negara ASEAN. 

Pegawai Kementerian Perdagangan China menyatakan tahun depan merupakan ulang tahun ke-10 penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). 

China bersedia bersama-sama ASEAN untuk terus membaiki mekanisme kerjasama sedia ada dan meningkatkan sinergi dalam rangka Jalur dan Laluan, sebagai sumbangan lebih besar ke arah penaiktarafan CAFTA dan pembentukan komuniti berkongsi nasib.

张宪