Kemajuan Xinjiang Tidak Boleh Diperkecil

2019-09-26 11:54:52  CRI
Share with:

25 September tahun ini genap 70 tahun selepas pembebasan damai Xinjiang, dan wilayah autonomi itu telah menyaksikan pembangunan yang mengagumkan hingga bergelar ikon keterbukaan di barat laut China.

Tokoh-tokoh asing yang pernah menjejakkan kaki di sana rata-rata mengiktiraf pencapaian yang dilakar selama 70 tahun lalu.

Inisiatif yang diambil kerajaan tempatan bagi mencegah keganasan bukan sahaja dilaksanakan mengikut undang-undang, malah selaras dengan hasrat bersama masyarakat antarabangsa. Percubaan untuk memburuk-burukkan China mustahil berjaya, apalagi khabar angin yang masakan dapat memadamkan realiti kemakmuran dan pembangunan di Xinjiang.

Bagaimanapun, ada politikus di Barat seperti Timbalan Presiden AS, Mike Pence dan Setiausaha Jabatan Negara, Mike Pompeo tetap membidas kempen antikeganasan dan dasar agama di Xinjiang.

Pada hakikatnya, tiada kes keganasan dilaporkan di Xinjiang dalam tiga tahun lalu. Ramai penduduk tempatan telah terlepas daripada belenggu fikiran ekstremis, dan kini diatur dengan peluang untuk belajar menguasai kemahiran yang membolehkan mereka berdikari dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Kini, terdapat lebih 28,000 tempat ibadat di Xinjiang, dengan hampir 30,000 tokoh agama. Secara puratanya, terdapat sebuah masjid bagi setiap 530 penduduk, nisbah yang lebih tinggi daripada banyak negara Islam.

曹捷