Penduduk HK Sambut Hari Kebangsaan China

2019-09-27 14:45:03  CRI
Share with:

Penduduk Hong Kong telah mengatur pelbagai aktiviti sempena Hari Kebangsaan China ke-70, bagi menyampaikan harapan dan mogaan baik untuk masa depan tanah air.

Di kedua-dua tepi jambatan stesen kereta api bawah tanah Admiralty, tergantung dua sepanduk yang panjangnya lebih 10 meter dengan slogan "Rai Kemeriahan Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Republik Rakyat China".

Jalan Wan Chai Pier pula dihiasi dengan deretan berpuluh-puluh bendera merah lima bintang.

Akhir-akhir ini, kira-kira 1,000 penduduk tempatan menyampaikan mogaan dan harapan baik kepada tanah air dalam bentuk aksi rasa kilas (flashmob). Mereka menyanyikan lagu kebangsaan China dan Lagu Ibu Pertiwi secara beramai-ramai.

覃淼