Hun Sen: China, Sahabat yang Sejati

2019-09-27 11:37:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1125043807_15694842477041n

Kedutaan Besar China di Kemboja menganjurkan satu majlis keraian di Phnom Penh malam kelmarin, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China.

Sambil mengucapkan tahniah atas ulang tahun ini, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan China sahabat yang sejati. Beliau memuji pencapaian China dari segi pembangunan sosioekonomi, yang bukan sahaja memberi faedah kepada rakyat sendiri malah seluruh umat manusia.

Katanya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah merancakkan pertukaran dan kerjasama antara negara-negara yang terlibat. Kemboja sendiri telah merasai limpahan manfaat daripada pembangunan inisiatif tersebut, dan bersedia bersama-sama China memperkukuh hubungan bilateral dan melindungi kepentingan bersama.

覃淼