Siaran Langsung di Pawagam Melalui Resolusi Ultra-tinggi 4K

2019-09-28 14:34:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_7f3680c6-ce70-4b24-9c97-ebd8db9d1036

Program terbitan Kumpulan Media China (CMG) yang bertajuk 'Pada Saat Ini, Menyambut Bersama-sama Ulang Tahun ke-70 Republik Rakyat China' akan buat pertama kalinya disiarkan langsung serentak di sebanyak 70 buah pawagam di seluruh negara pada Hari Kebangsaan yang jatuh pada 1 Oktober. Nanti, isyarat berdefinisi ultra-tinggi 4K akan dihantar ke pelbagai pawagam melalui satelit, usaha seumpama yang pertama yang berlaku dalam sejarah China. Penduduk di lebih 10 provinsi akan berpeluang menonton program mengenai majlis sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China, perbarisan tentera dan perarakan rakyat yang meriah di pawagam melalui resolusi ultra-tinggi 4K.

 
图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_cc322a5c-9db2-44b1-abe6-1971f400c03d

Majlis pelancaran aktiviti tersebut diadakan di pawagam Wanda, daerah Fengtai bandar Beijing semalam. Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapan  berkata, isyarat siaran langsung untuk liputan akhbar yang penting dihantar ke pawagam adalah untuk menjana inovasi melalui menghubungkan televisyen resolusi ultra-tinggi 4K dengan pawagam,dan menyatupadukan tenaga untuk merealisasikan matlamat “dua seratus tahun”.
 
图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_e18de513-ab75-49ba-8726-6f486fb5d04b
曹捷