China Tetap Fokus Pelabur Asing

2019-09-30 16:11:32  CRI
Share with:

China yang semakin terbuka, akan terus menjadi destinasi menarik bagi pelabur asing.

Menteri Perdagangan, Zhong Shan dalam satu taklimat media semalam berkata pihaknya akan menyediakan iklim perniagaan yang lebih baik kepada pelabur asing.

Beliau memaklumkan, dalam tempoh 70 tahun lalu, jumlah penggunaan modal asing di China mencatat USD138.3 bilion (RM569.4 bilion) manakala jumlah pelaburannya di seberang laut USD143 bilion (RM588.8 bilion), masing-masing kedua tertinggi di dunia. 

Sementara itu, mutu dan tahap penggunaan pelaburan asing di China terus-menerus meningkat, dengan pertambahan ketara dilihat khususnya dalam industri teknologi tinggi dan perkhidmatan. 

Sejak tahun lalu, banyak projek baharu melibatkan pelaburan asing dilancarkan di China. Projek-projek tersebut memainkan peranan penting untuk meningkatkan daya inovasi dan penaiktarafan industri.

Dalam sidang taklimat itu, Naib Menteri Perdagangan, Wang Shouwen berkata, China akan terus melindungi kepentingan sah pelabur asing di China di samping menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. China akan meningkatkan tahap keterbukaan dan membina iklim perniagaan yang adil, telus dan mudah.

徐国玮