Maxis, Huawei Meterai Perjanjian 5G

2019-10-04 14:01:34  CRI
Share with:

Maxis Bhd dan Huawei Technologies Malaysia memeterai perjanjian untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan 5G di Malaysia.

 
Perjanjian itu yang dimeterai semalam oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Michael Yuan, disaksikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
 
Dr. Mahathir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada majlis tersebut berkata, kerjasama antara pemain global dan vendor tempatan itu adalah penting untuk menyokong ekosistem teknologi yang sedang berkembang di Malaysia.
 
Perjanjian itu akan membolehkan Maxis mempunyai akses kepada pandangan, standard, produk dan penyelesaian yang akan menjadikan 5G mudah diguna pakai dan dikendalikan di Malaysia.
 
(sumber dari Bernama)  
梁靓