Sambutan Hari Kebangsaan Fokus Media Thailand

2019-10-05 15:57:01  CRI
Share with:

Media arus perdana Thailand termasuk Syarikat Awam Berhad MCOT dan Stesen TV TNN24 mengadakan siaran langsung sambutan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China (PRC) yang diadakan di Dataran Tian'anmen Beijing pada 1 Oktober.

 
Presiden MCOT, Kematat Paladesh berkata, ini merupakan kali pertama bagi stesen TV Thailand bekerjasama dengan media China untuk membuat siaran langsung perbarisan tentera sempena Hari Kebangsaan China.

Siaran langsung tersebut turut merangkumi media sosial arus perdana termasuk Facebook.

 
Ketua Turus Kementerian Pertahanan Thailand, Tossaporn Homcharoen yang dijemput dalam siaran langsung itu berkata, perbarisan tentera yang berskala besar kali ini dijayakan melalui latihan yang bersungguh-sungguh, sekali gus menggambarkan tentera China yang mematuhi disiplin ketat dan dipandu dengan bijak.

  

Tambahnya, beliau turut tersentuh dengan ucapan Presiden Xi Jinping bahawa tiada yang mampu menghalang rakyat China terus mengorak langkah ke hadapan.
   

 

张哲