Kapal Qi Jiguang Tiba di Timor-Leste

2019-10-07 12:47:06  CRI
Share with:

Kapal latihan tentera laut China, Qi Jiguang tiba di pelabuhan Dili, Timor-Leste semalam selepas kunjungan muhibah ke Brunei. 

Ini kali pertama kapal Qi Jiguang melawat Timor-Leste, juga persinggahan keduanya dalam misi pelayaran jarak jauh selama dua bulan.

Kapal tersebut berlepas dari pelabuhan tentera di Dalian pada 20 September, membawa 517 kelasi dan kadet ke beberapa lokasi di Asia Pasifik termasuk Brunei, Timor-Leste, Papua New Guinea, New Zealand dan Fiji.

Antara aktiviti yang dijadualkan, pertandingan bola sepak dan keranjang, jamuan di dek dan Hari Terbuka.

Dalam persinggahan selama empat hari, pegawai kedua-dua pihak juga akan bersama-sama meninjau tapak projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
 

梁靓