Prospek Kerjasama China, Filipina Cerah

2019-10-08 14:29:33  CRI
Share with:

Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos Dominguez III berasa optimistik terhadap prospek kerjasama antara negaranya dengan China.

Beliau memuji pencapaian cemerlang China sepanjang 70 tahun lalu, khususnya dalam perjuangan membasmi kemiskinan. Prestasi baik ini membolehkan China tampil sebagai pasaran yang berdaya tarikan kepada pelabur asing, sesuatu yang cukup signifikan kepada ekonomi dunia.

Katanya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membawa untung buat setiap negara yang terbuka kepada dunia luar, dan Filipina sendiri telah menikmati limpahan manfaat daripada penyertaan dalam inisiatif tersebut.

Pada masa ini, banyak kerjasama melibatkan pembinaan infrastruktur telah dicapai antara kedua-dua negara. Ini termasuk projek pengairan, landasan kereta api dan jambatan.

Dominguez turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di Filipina. Pihaknya berharap perdagangan dua hala mencapai kemajuan yang lebih besar pada masa akan datang.

胡星