China, ASEAN Perkasa Kerjasama GNSS

2019-10-18 13:51:09  CRI
Share with:
Pusat Sistem Satelit Pandu Arah Global (GNSS) Beidou China-ASEAN dirasmikan di Nanning semalam bagi memperkasakan kerjasama pandu arah satelit antara kedua-dua pihak.

Sistem pandu arah Beidou mulai menyediakan perkhidmatan untuk global sejak akhir tahun lepas, merangkumi pengangkutan, keselamatan awam, pemantauan hidrologi, ramalan cuaca, pembekalan elektrik dan bantuan bencana.

Menurut statistik, nilai output industri pandu arah satelit China mencecah USD300 bilion (RM180 bilion) pada tahun lepas.

Di samping itu, mekanisme kerjasama yang berkaitan telah ditubuhkan antara China dengan 30 negara dan pertubuhan antarabangsa.

 

张哲