Aktiviti "Hari China" di Bangkok

2019-10-20 16:35:06  CRI
Share with:

Aktiviti "Hari China" diadakan di Pusat Konvensyen PBB di Bangkok baru-baru ini.

Aktiviti anjuran Kedutaan Besar China, disertai lebih 200 orang antaranya diplomat dari pelbagai negara dan pegawai PBB.

Duta Besar China ke Thailand, Lv Jian dalam ucapannya berkata China mengalami perubahan yang amat besar dalam tempoh 70 tahun lalu, dan kehidupan rakyat juga semakin bahagia. Di saming itu, China komited mewujudkan pembangunan mampan dan telah banyak menyumbang kepada dunia.

China bersedia berganding bahu dengan negara-negara Asia Pasifik untuk membentuk masyarakat antarabangsa model baharu dan menubuhkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik PBB (ESCAP), Armida Salsiah Alisjahbana berkata China telah melakar kemajuan yang sukar dibayangkan dalam tujuh dekad lalu, dan memberi sumbangan amat besar kepada perjuangan membasmi kemiskinan dan Matlamat Pembangunan Milenium. China juga memainkan peranan penting dalam merangsang perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik.

Aktiviti "Hari China" merangkumi pameran fotografi, pertunjukan seni teh, kaligrafi, lukisan, muzik dan tarian tradisional China.


 

张哲