Kem Belia China-ASEAN Dirasmikan

2019-10-24 11:46:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_fb7eefe3-0d4b-40d2-a596-c6e87c93782a

Kem Belia China-ASEAN ke-11 yang juga Sidang Kemuncak Belia China-ASEAN ke-4 dirasmikan di Universiti Peking semalam. 

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Belia Seluruh China (ACYF), Wu Wei dalam ucapannya menyuarakan harapan agar golongan muda menjadi pewaris persahabatan, perintis kerjasama dan pembina komuniti berkongsi nasib antara China dan ASEAN.

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_582f1710-557c-4b50-870a-c3051e287d5c

Beliau berkata, ACYF bersedia untuk terus menyediakan wahana dialog dan interaksi golongan muda melalui projek-projek seperti Forum Usahawan Belia China-ASEAN dan Inkubator Laluan Sutera, demi sinergi yang lebih luas.

Lebih 100 wakil belia dari China dan negara-negara ASEAN menyertai kem selama enam hari, yang turut mengatur mesyuarat, seminar dan pelbagai lawatan bagi menggalakkan pertukaran akademik dan budaya. 

Para mahasiswa pula akan bersama-sama menyusun sebuah deklarasi sebagai saranan kepada kerajaan negara masing-masing bagi mendorong perkembangan hubungan China-ASEAN, khususnya melibatkan kerjasama dan interaksi antara belia.

张宪