Duterte Temu Naib PM China

2019-10-25 13:44:35  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bertemu dengan Naib Perdana Menteri China, Hu Chunhua di Manila semalam.

Hu telah menyuarakan kesediaan China untuk bersama-sama Filipina melaksanakan konsensus antara pemimpin, mendorong kerjasama membangunkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mengintensifkan penyelarasan strategi, memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, serta menggalakkan perkembangan mampan dalam pertukaran ekonomi dan perdagangan.

Kedua-dua negara diharap mempercepat pelaksanaan projek-projek utama, memperkasakan kerjasama serantau dan pelbagai hala, di samping mengekalkan komunikasi rapat dalam isu-isu yang berkenaan.

Duterte pula berkata, Filipina mementingkan hubungan dengan China, dan aktif melibatkan diri dalam pembangunan BRI.

高蕾