Mesyuarat Menteri Telekomunikasi China-ASEAN ke-14 di Vientiane

2019-10-26 14:18:46  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_712a2109-d011-4f3a-b141-829333506da2


Mesyuarat Menteri Telekomunikasi China-ASEAN ke-14 yang diadakan di Vientiane, Laos berakhir semalam sebelum meluluskan Kenyataan Bersama serta Rancangan Kerjasama Maklumat Telekomunikasi China-ASEAN 2020, dan menyelesaikan perbincangan tentang Tahun Kerjasama Ekonomi Digital China-ASEAN 2020. 

Menteri Industri dan Maklumat China, Miao Wei menyatakan China dan ASEAN akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena Tahun Kerjasama Ekonomi Digital 2020 untuk mendorong kerjasama penerokaan dan menjadikan kerjasama ekonomi digital menerajui kerjasama bilateral dari segenap aspek. 

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500020%5c1%5c9500020_1_1_fc85685f-3e92-474f-b86c-5e1456583095

Miao Wei mengemukakan tiga cadangan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi digital China-ASEAN, iaitu yang pertama, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar ekonomi digital. Kedua, mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang ekonomi digital, dan ketiga, mendorong penyelarasan antara kerajaan, industri, kolej, institut pengajian sains dan industri kewangan supaya dapat melipatgandakan dorongan yang lebih besar terhadap ekonomi digital.

张宪