25 Laluan Terus antara China, Myanmar

2019-10-28 12:44:47  CRI
Share with:

Laluan penerbangan terus antara Mangshi di provinsi Yunnan, China dengan kota Yangon di Myanmar dibuka secara rasmi dengan penerbangan sulung pada 27 Oktober.

Pembukaan laluan terbaharu menandakan terdapat 25 laluan terus antara China dan Myanmar, berbanding hanya lapan sebelum Myanmar memperkenalkan dasar keutamaan visa kepada pelancong China pada 1 Oktober 2018.

Dasar keutamaan tersebut telah menarik kedatangan lebih ramai pelancong China ke Myanmar dalam setahun lalu, bertambah 150% berbanding tahun sebelumnya.

Dimaklumkan, China telah menjadi negara sumber pelancong asing terbesar bagi Myanmar, manakala Myanmar antara sepuluh destinasi yang menyaksikan kenaikan paling pesat jumlah pelancong dari China.

Pada masa ini, tiga lapangan terbang utama Myanmar iaitu di Yangon, Naypyidaw and Mandalay dihubungkan dengan lebih 10 bandar di China melalui laluan terus yang beroperasi dengan kekerapan melebihi 130 penerbangan setiap minggu.

覃淼