Xi akan Hadir CIIE ke-2

2019-10-29 13:29:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 di Shanghai pada 5 November.

Naib Menteri Perdagangan Wang Bingnan dalam satu taklimat hari ini memaklumkan, Presiden Xi akan menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian dan mengunjungi pavilion pameran negara bersama-sama para pemimpin asing.

Presiden Xi dan isteri, Peng Liyuan juga akan menganjurkan majlis jamuan bagi meraikan tetamu mulia dari pelbagai negara.

Setakat ini, wakil lingkungan politik dan perniagaan serta pertubuhan antarabangsa dari 170 negara dan wilayah telah diundang hadir ke ekspo tersebut.

覃淼