Xi Ucap Tahniah kepada Raja Kemboja

2019-10-29 15:14:44  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada Raja Kemboja, Norodom Sihamoni sempena ulang tahun ke-15 pertabalan baginda.

Xi menyatakan sejak Raja Norodom Sihamoni menaiki takhta, baginda telah membuat banyak sumbangan penting bagi menjaga perpaduan bangsa dan menggalakkan pembangunan negara, dan amat disayangi rakyat Kemboja. 

Sejak China dan Kemboja menjalin hubungan diplomatik pada 60 tahun lalu, rakyat kedua-dua negara sentiasa bantu-membantu dan memupuk persahabatan rapat. 

Xi turut menyuarakan kesediaan untuk bersama-sama Raja Sihamoni mewarisi persahabatan tradisional, mempertingkat kerjasama strategik dan menggalakkan kemajuan baharu dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib dua negara demi kesejahteraan rakyat.

胡星