Persekutuan Galak Kemajuan Industri Seni

2019-10-29 11:56:02  CRI
Share with:

Persekutuan Universiti Seni China-ASEAN mengadakan mesyuarat meja bulat di Nanning, wilayah Guangxi semalam.

Pengarah pengajian tinggi dan pembangunan serantau Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara, Chantavit Sujatanond berkata, persekutuan tersebut mendorong pembangunan industri seni dan memakmurkan ekonomi kreatif China dan negara-negara ASEAN. 

Para anggota bersama-sama menggalakkan pembangunan budaya serantau, di samping berkongsi kepelbagaian dan kemakmuran budaya.

Dalam dua tahun lalu, kolej dan universiti seni kedua-dua pihak mengadakan pertukaran lawatan secara kerap dan bersama-sama menganjurkan pelbagai aktiviti seperti minggu muzik dan simposium tarian.

Persekutuan Universiti Seni China-ASEAN merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang diasaskan pada 2017 dengan penglibatan 19 institusi berprestij.

徐国玮