Li: Bina Masa Depan Cerah Kerjasama Asia Timur

2019-11-03 15:12:30  CRI
Share with:

Menjelang lawatan ke Thailand dan menghadiri siri sidang kemuncak kerjasama Asia Timur, Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarang rencana yang bertajuk "Berganding Tahan Bina Masa Depan Kerjasama Asia Timur yang Lebih Cerah". Rencana beliau disiarkan melalui beberapa surat khabar Thailand.

Menurutnya, Asia Timur merupakan halaman rumah bersama bagi kita. Trend kerjasama di rantau ini amat baik pada masa ini. Kerjasama antara China dengan ASEAN menjadi teladan dan amat berdinamik. China menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN selama 10 tahun berturut-turut dan ASEAN pula menjadi rakan dagang kedua terbesar bagi China. Durian dari Thailand dan Malaysia, pisang dari Filipina, beras dari Kemboja, kopi dari Vietnam dan minyak kelapa sawit dari Indonesia menjadi produk yang semakin popular di China. Di samping itu, telefon pintar, perkakasan elektrik dan mainan dari China pula mendapat sambutan baik oleh pengguna di pelbagai negara ASEAN. 

Asia menjadi penggerak penting bagi pertumbuhan ekonomi dunia. 

Li telah memberikan empat cadangan bagi meningkatkan kerjasama di Asia Timur. Pertama, memelihara kedamaian dan kestabilan bagi menjamin pembangunan dan sejahteraan. Kedua, meningkatkan keterbukaan dan kerjasmaa bagi mewujudkan situasi menang-menang. Ketiga, meningkatkan pertukaran kemanusiaan. Dan keempat, mempertahankan dialog dan muafaat bagi mencapai konsensus.

徐国玮