CIIE Bukti Keterbukaan Berhasil

2019-11-04 13:09:26  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 akan dirasmikan di Shanghai besok.

Langkah-langkah keterbukaan yang dilaksanakan sejak ekspo pertama, membolehkan China tampil di pentas dunia dengan prestasi lebih cemerlang.

Daripada Pameran Kanton yang diadakan sejak 1950-an hingga CIIE, perkembangan tersebut menunjukkan struktur ekonomi China sedang mengalami perubahan positif.

Ini terbukti apabila China menyumbang kira-kira 30% kepada pertumbuhan dunia selama enam tahun berturut-turut.

Sejak CIIE pertama tahun lalu, China terus merangsang potensi pengimportan, melonggarkan akses pasaran, mengoptimumkan suasana perniagaan dan memperluas keterbukaan, menjadikannya teladan dalam usaha menggalakkan pemulihan ekonomi sejagat.

Lebih 3,000 syarikat dari lebih 150 negara dan wilayah menyertai CIIE kedua.

高蕾