Xi: Terus Perluas Keterbukaan Pasaran

2019-11-05 11:17:36  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menyatakan China akan terus memperluas keterbukaan pasarannya.

China akan membina pasaran domestik yang lebih dinamik bagi menyokong pertumbuhan sendiri sambil memperluas ruang pembangunan untuk ekonomi dunia. 

Langkah akan diambil untuk menurunkan lagi tarif dan kos pengurusan, membina zon rintis inovasi perdagangan import, selain meningkatkan pengimportan produk dan perkhidmatan bermutu. 

Dalam pada itu, China akan mempertingkat penyelarasan antara import dan eksport, perdagangan komoditi dan perkhidmatan, perdagangan dan pelaburan dua hala, serta perdagangan dan perindustrian.
 

覃淼