Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-10

2019-11-18 14:32:03  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan China-ASEAN Ke-10 diadakan di Bangkok, Thailand semalam.

Ahli Dewan Negara, merangkap Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe berkata, China akan terus menyokong pembinaan komuniti ASEAN, dan menyokong ASEAN memainkan peranan peneraju dalam kerjasama serantau.

Katanya, China dan ASEAN harus mempertingkat kerjasama, bertindak selaras dengan situasi global, mengadakan komunikasi pertahanan pelbagai peringkat dan latihan tentera maritim.

Selain itu, kedua-dua pihak harus meningkatkan kerjasama dalam bidang pemupukan bakat, teknologi kelengkapan, penyelematan bencana, antikeganasan dan lain-lain demi memelihara keselamatan dan kestabilan serantau serta menyumbang kepada pembinaan komuniti China-ASEAN yang berkongsi nasib.

Para peserta menyanjung tinggi perkembangan hubungan ASEAN-China, memuji usaha China dalam menggalakkan kerjasama keselamatan dan pertahanan kedua-dua pihak dan turut menyatakan kesediaan untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan China, sekali gus bersama-sama memelihara kedamaian dan kemakmuran serantau.

胡星