Thailand Tegas Kekal Pendirian Dasar Satu China

2019-11-18 13:38:46  CRI
Share with:

Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Pertahanan, Prayut Chan-o-cha menerima kunjungan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di Bangkok semalam. 


Prayut berkata, pihaknya kekal pendirian terhadap dasar satu China dan secara aktif mengambil bahagian dalam pembangunan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau berkata, pihaknya komited dalam memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China, selain mengalu-alukan perusahaan China melabur di negara itu.

Beliau turut menzahirkan harapan agar pasukan tentera kedua-dua negara dapat mempergiat interaksi dan kerjasama dalam sektor latihan, perkakasan dan teknikal ketenteraan serta keselamatan pelbagai hala. 

Wei Fenghe pula berkata, China merakamkan terima kasih kepada Thailand yang memberikan sokongan kepada China dalam isu teras negara ini.

Tambah beliau, pihaknya komited berusaha bersama Thailand dalam melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan komunikasi peringkat tinggi, merapatkan kerjasama pragmatik, mengekalkan penyelerasan pelbagai hala demi memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.

Selepas pertemuan, Prayut dan Wei turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
覃淼