Bahasa Mandarin Makin Popular di Thailand

2019-11-27 14:42:50  CRI
Share with:

Satu seminar mengenai peluang pendidikan di seberang laut telah menghimpunkan 16 universiti dan institusi terkenal dari China di Phuket, Thailand semalam.

Aktiviti tersebut diatur bagi membolehkan pelajar Thailand lebih mengetahui prospek pendidikan di universiti China serta mengatur rancangan pembelajaran yang paling sesuai untuk diri.

Presiden Universiti Putera Songkla kampus Phuket, Dr. Pum Thongchumnum berkata, bahasa Mandarin semakin popular di Thailand. Pertukaran antara universiti kedua-dua negara amat penting. 

Institut Konfusius menjadi jejambat yang menghubungkan universiti di kedua-dua negara, sekali gus membuka pintu kepada pelajar Thailand untuk melanjutkan pelajaran di China.

Dimaklumkan, hampir 30,000 pelajar Thailand menuntut ilmu di China setiap tahun, menjadikannya sumber pelajar asing kedua terbesar bagi China.

徐国玮