Pameran “Kenali China” di Malaysia

2019-12-08 17:14:03  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_619263923

Pameran "Kenali China" anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Kuala Lumpur hari ini, dengan diserikan kehadiran Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hj. Abang Sallehuddin, Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain, dan Kanselor Kebudayaan Kedutaan Besar China ke Malaysia, Zhang Zhen.

图片默认标题_fororder_475279091

Dalam pameran tersebut, CMG telah mempamerkan buku hasil kerjasama dengan DBP, "Kenali Xi'an" dan "Koleksi Cerita Klasik China", serta mengadakan sesi temu mesra dengan peminat program audio "Nihao" dan program klip video "Kenali China".

图片默认标题_fororder_745444595

Datuk Hj. Abang Sallehuddin berkata, China telah menjadi kuasa yang amat berpengaruh di arena dunia. Penerbitan buku berkenaan dilihat boleh membantu rakyat Malaysia mengenali China yang terus maju dan makmur pada zaman moden, menyediakan sokongan di peringkat akar umbi kepada kerjasama antara kerajaan, serta membina wahana pertukaran sosiobudaya antara satu sama lain.

图片默认标题_fororder_559276804

Datuk Mokhtar Hussain menyifatkan program "Nihao" jendela bagi rakyat Malaysia mengenali iChina, dan juga satu saluran yang menyediakan sudut pandangan berlainan untuk warga Malaysia mengambil tahu fakta yang sebenar. Beliau menanti-nantikan penaiktarafan kerjasama dengan media China dan lebih banyak sumbangan dalam pelbagai bidang.

高蕾