Sabah Giat Libatkan Diri dalam Pembangunan Berorientasikan BRI

2019-12-11 16:23:10  CRI
Share with:

Negeri Sabah, Malaysia menyokong dan giat melibatkan diri dalam pembangunan yang berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperhebat kerjasama pragmatik dengan China, dan mengalu-alukan pelabur China.

Konsul Jeneral China ke Kota Kinabalu, Liang Caide berkata, semakin ramai pelancong China yang mengunjungi Sabah dilihat sebagai sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi dan pertukaran sosiobudaya kedua-dua pihak.

Dimaklumkan, jumlah pelancong China ke Sabah melambung dengan kadar 40% secara puratanya setiap tahun, sehingga mencapai 600 ribu orang pada 2018, iaitu 40% jumlah pelancong asing di negeri itu.

Tahun 2020 merupakan Tahun Pelancongan Malaysia, dan juga Tahun Pelancongan China-Malaysia. Kedua-dua negara diharap mengoptimumkan momentum itu dan dijadualkan mengadakan siri aktiviti pelancongan dan kebudayaan, dengan sebahagiannya dianjurkan di Sabah.

高蕾