Kemboja: Usaha di Xinjiang Urusan China

2019-12-13 14:52:31  CRI
Share with:

Usaha membanteras keganasan di Xinjiang merupakan urusan dalaman China, kata jurucakap kerajaan Kemboja, Phay Siphan.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) petang semalam, beliau berkata tiada maknanya Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan akta berkaitan Xinjiang, dan situasi hak asasi di sesebuah negara tidak patut dipastikan oleh negara lain.

Phay Siphan yang telah menonton dokumentari terbitan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) tentang usaha antikeganasan di Xinjiang menyatakan isu wilayah berkenaan bukan sahaja berkaitan dengan kedamaian dan kestabilan China, malah signifikan kepada kestabilan dan pembangunan serantau.

Akta yang diluluskan AS itu mencampuri hal ehwal domestik China, dengan tujuan mencetuskan pergolakan di negara ini.

徐国玮