Ulang Tahun Institut Konfusius di Hanoi

2019-12-16 14:41:25  CRI
Share with:
Institut Konfusius Universiti Hanoi mengadakan malam gembira bagi merayakan ulang tahun ke-5 penubuhannya semalam.

Institut berkenaan sentiasa komited dalam memperkenalkan pelajaran bahasa Mandarin dan merancakkan interaksi budaya antara Vietnam dengan China melalui pelbagai aktiviti termasuk pertandingan bahasa Mandarin, pertandingan bakat kesenian, seminar penterjemahan dan lain-lain.

Kaunselor Budaya Kedutaan Besar China di Vietnam, Peng Shituan berharap pelbagai pihak terus memberikan sokongan kepada institut tersebut bagi membentuk wadah kerjasama pendidikan, sekali gus menggalakkan persahabatan tradisional kedua-dua negara.


Setakat hujung November 2019, Institut Konfusius tersebut telah menawarkan kursus bahasa Mandarin kepada 1,772 pelajar, di samping menganjurkan pelbagai aktiviti dengan penglibatan 29 ribu orang.

  

 

张哲