China, Filipina Perkasa Kerjasama Minyak, Gas

2019-12-17 14:37:42  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Teodoro Lochen dalam tempoh Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asia dan Eropah (ASEM) ke-14 di Madrid semalam.

Wang Yi berkata hubungan China-Filipina akan menyambut peluang perkembangan baharu sempena ulang tahun ke-45 ikatan diplomatik pada tahun depan.

China bersedia melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan memperkasakan kerjasama penerokaan minyak dan gas asli supaya mencapai kemajuan substantif.  

Lochen pula menilai positif hubungan dua hala, di samping menyatakaan kesediaan pihaknya untuk berusaha sehala dengan China dalam kerjasama berkenaan. 

 

张哲