Pembangunan China Jana Pelancongan Thailand

2019-12-17 14:40:52  CRI
Share with:

Thailand buat kali pertama menyambut kedatangan sepuluh juta pelancong China dalam masa setahun pada 19 Disember 2018.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Thailand baru-baru ini berkata, jumlah pelancong China yang melawat ke Thailand melambung kepada sepuluh juta daripada kurang daripada sejuta sedekad sebelumnya. 

Hal ini merupakan satu keajaiban dalam sejarah pelancongan dunia, berkat pembangunan ekonomi China yang mampan. 

Menurut beliau, mod perbelanjaan dan hiburan pelancong China telah banyak berubah pada era siber ini. Hal ini juga menggalakkan Thailand mengubah kaedah mempromosikan sumber pelancongan sendiri.

张哲