Bandar Wenzhou Tingkatkan Kerjasama dengan Indonesia

2019-12-19 13:31:00  CRI
Share with:

Dialog Kerjasama Kapasiti Jalur dan Laluan antara bandar Wenzhou, China dengan Indonesia membuka tirai di Jakarta semalam.

Naib Datuk Bandar Wenzhou, Yin Zhijun berkata Wenzhou kini sedang melaksanakan langkah-langkah baharu untuk mempertingkat keterbukaan, yang memfokuskan pembangunan berkualiti.

Dialog tersebut diharap dapat mendorong kerjasama dan pertukaran secara menyeluruh di pelbagai peringkat antara kedua-dua pihak.

Pengerusi Dewan Perniagaan Zhejiang di Indonesia, Wu Jinbin pula berharap lebih banyak syarikat unggul dari Wenzhou dapat diperkenalkan ke pasaran Indonesia melalui dialog kali ini, agar manfaatnya dapat dinikmati bersama rakyat China dan Indonesia.

梁靓