Duta China Puji Hubungan China-Malaysia

2019-12-19 13:30:18  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian menghadiri majlis jamuan Malam Persahabatan Malaysia-China di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, China dan Malaysia jiran, rakan kongsi dan teman seperjuangan yang telah beratus-ratus tahun memupuk ikatan persahabatan. 

Tahun ini ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Pelbagai aktiviti sambutan telah diadakan untuk memperkukuh hubungan bilateral.

China bersedia bersama-sama Malaysia mempergiat kerjasama dan melonjakkan hubungan ke tahap lebih tinggi.

梁靓