Kemboja Rai Ulang Tahun Institut Konfusius

2019-12-23 15:00:31  CRI
Share with:

Majlis sambutan ulang tahun ke-10 Institut Konfusius di bawah Akademi Diraja Kemboja diadakan semalam, serentak dengan satu seminar bertemakan Jalur dan Laluan yang memfokuskan persahabatan China-Kemboja .

Pengarah Bahagian Politik Kedutaan Besar China, Wang Dexin berkata, lebih 2 juta pelancong China melawat Kemboja setiap tahun, dan lebih ramai orang Kemboja yang belajar, berniaga dan berkunjung ke China. Institut Konfusius di Akademi Diraja Kemboja membuat sumbangan yang signifikan. Kuliah Konfusius yang dianjurkan di merata-rata tempat telah memudahkan pengajaran bahasa Mandarin, yang turut memungkinkan kerjasama lebih rancak.

Pada hari yang sama, pakar dan sarjana kedua-dua negara telah membincangkan pembentukan komuniti berkongsi nasib bercirikan persahabatan dari segi politik, ekonomi, budaya dan pendidikan, yang melibatkan keusahawanan, pembasmian kemiskinan, sastera dan teknologi.

高蕾