Persembahan "Beautiful Xinjiang" di Malaysia

2019-12-23 11:46:04  CRI
Share with:

Persembahan bertemakan "Beautiful Xinjiang" telah mempesona para penonton di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), Selangor malam kelmarin.

Acara yang dihidangkan oleh Rombongan Persembahan Seni Budaya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang itu menutup jadual lawatan tujuh hari mereka ke Malaysia.

Pada 19 Disember, rombongan tersebut mengadakan lawatan khas ke Kuantan, kota terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, membawa persembahan yang dihadiri kira-kira 1,000 wakil jabatan agama dan penduduk tempatan.

Persembahan mereka telah mendapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ramai penonton yang turut menyatakan hasrat untuk melawat Xinjiang pada suatu hari nanti untuk menghayati keindahan wilayah itu dengan mata sendiri. 

曹捷