China, ASEAN Latih Bakat Kereta Api Laju

2019-12-24 13:39:58  CRI
Share with:


Seramai 18 pegawai dan guru dihantar Jabatan Pendidikan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghadiri bengkel pengurusan di Kolej Vokasional dan Teknikal Landasan Kereta Api Liuzhou (LRVTC), Guangxi baru-baru ini.

Seorang guru dari sebuah kolej vokasional Malaysia, encik Yusoff Mohd Nazri menyatakan peserta bengkel bukan sahaja dapat menghadiri ceramah profesional, malah berpeluang memanfaatkan bilik makmal untuk menambah pengetahuan berkaitan pemanduan kereta api laju dan pemeriksaan landasan.

Selaku satu-satunya maktab vokasional yang mengkhususkan teknologi kereta api di Barat Daya China, LRVTC menjadi tumpuan kerjasama bagi institusi pengajian di negara-negara ASEAN. Pada 2018, kolej tersebut melancarkan program pendidikan vokasional berkaitan pengangkutan rel, yang menarik penglibatan 68 institusi di Malaysia, Thailand dan lain-lain.

Penolong pengarah pembangunan dan latihan Jabatan Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, encik Omar Budin menyatakan pihaknya mahu meneruskan kerjasama dengan LRVTC untuk melatih bakat dalam bidang-bidang profesional seperti pengangkutan rel, automobil dan maklumat elektronik.

张宪