Tahun Interaksi Media Labuh Tirai

2019-12-24 11:32:35  CRI
Share with:

Majlis penutupan bagi Tahun Interaksi Media China-ASEAN diadakan di Bangkok malam semalam.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen Negara China (NRTA), Gao Jianmin dalam ucapannya menyatakan  Tahun Interaksi Media diadakan dengan jaya dan telah membuahkan banyak hasil cemerlang. Beliau yakin media kedua-dua pihak akan berganding tangan menjalin kerjasama saling untung dan mendorong perkembangan perkongsian strategik China-ASEAN.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Thailand, Tewan Liptapallop pula menyatakan Tahun Interaksi Media membawa manfaat kepada semua anggota ASEAN dan menyuntik penggerak yang berpanjangan bagi mengintensifkan persefahaman sesama rakyat seluruh rantau.

Atas usaha bersama China dan ASEAN, hampir 50 aktiviti penting telah diatur pada sepanjang tahun lalu, yang melibatkan perkongsian dasar, penerbitan dan penyiaran bersama serta latihan media dan media baharu.

曹捷