60 Pelajar Laos Terima Biasiswa China

2019-12-25 14:57:01  CRI
Share with:

 图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_12758e27-03f8-4de0-ad56-5879b0b492f1

Seramai 60 pelajar cemerlang dari Universiti Kebangsaan Laos (NUL) telah dianugerahi Biasiswa Duta Besar China dalam satu majlis yang berlangsung di Vientiane semalam. 

Duta Besar China, Jiang Zaidong berkata, pihak kedutaan bersedia terus membantu NUL untuk menyediakan lebih banyak peluang pendidikan bagi pelajar muda di Laos. 


Beliau menggalakkan pelajar Laos terus belajar bersungguh-sungguh untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara sendiri, serta pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Laos. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_afab5041-5a20-4be1-805b-bb8f59d5f39c

Presiden NUL, Somsy Gnophanxay pula berkata, program Biasiswa Duta Besar China bukan sahaja peluang, malah suatu motivasi kepada pelajar miskin yang berakhlak mulia dan berprestasi cemerlang. Program itu juga cukup signifikan kepada usaha Laos melatih bakat dan membangunkan sosioekonomi negara. 

Setakat ini, sebanyak 207 pelajar dari NUL telah mendapat biasiswa tersebut.

张宪