Generator Nam Ou Mula Operasi

2019-12-27 12:58:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_313b45f9-38bb-4bdd-bb32-4c0c0df6ad29


Unit pertama generator fasa kedua projek stesen jana kuasa hidroelektrik lata sungai Nam Ou, Laos mula beroperasi semalam.

Fasiliti yang terletak di Louangphrabang itu dibina dengan pelaburan daripada Syarikat Pelaburan Seberang Laut PowerChina. 

Dimaklumkan, kesemua unit generator fasa kedua stesen berkenaan akan memulakan operasi pada tahun depan, yang dijangka membekalkan 12% kuasa elektrik di Laos.

Ini bukan sahaja akan meringankan masalah kekurangan bekalan elektrik di utara Laos, malah akan membantu menggalakkan penaiktarafan grid elektrik dan pengeksportan kuasa elektrik negara itu, serta proses integrasi serantau.

张宪