Terowong Terpanjang Selesai Dibina

2019-12-28 16:20:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_78a42906-dea8-40ea-af06-07f0f95a84e7.JPG

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_b225b5e6-c44c-4e07-9138-256a995a546e.JPG


Terowong No.2 Kampung Sen, terowong terpanjang lalam laluan landasan kereta api China-Laos selesai dibina oleh Syarikat PowerChina  semalam dengan 7 bulan lebih awal menurut jadualnya. Ini merupakan kemajuan signifikan dalam tahun 2019, iaitu tahun kunci pembinaan projek landasan kereta api China-Laos, dan juga meletakkan batu asas yang kukuh bagi operasi landasan kereta api ini menjelang penghujung 2021. Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Landasan Kereta Api China-Laos, Ju Guojiang menyatakan 86% kerja telah diselesaikan dalam projek pembinaan landasan kereta api China-Laos. Beliau mengarahkan semua pekerja terus berusaha menyelesaikan baki kerja secara selamat dan berkualiti tinggi supaya dapat memastikan matlamat operasi tercapai pada Disember 2021.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_9a24c890-43b9-4214-8a24-cac626621d41

 

Terowong No.2 Kampung Sen yang sepanjang 9,384 meter terletak di kawasan tanpa penghuni antara provinsi Luang Prabang dengan provinsi Vientiane yang menayksikan kesukaran besar dalam melaksanakan pembinaan dan penghantaran barang.

张宪