Peraduan Nyanyian Lagu China dan Vietnam di Hanoi

2019-12-29 14:41:53  CRI
Share with:

Final Peraduan Nyanyian Lagu China dan Vietnam 2019 yang bertemakan "bersama-sama menyanyi lagu persahabatan" diadakan di Hanoi, Vietnam malam semalam.


Menurut peraturan berkenaan, setiap peserta kena menyanyi sebuah lagu bahasa Mandarin dan sebuah lagu Vietnam dalam Final tersebut. Akhirnya, penyanyi dari China, Cao Yang dan seorang penyanyi dari Vietnam bersama-sama memenangi tempat pertama.

Pegawai dari Biro Persembahan Seni Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan Vietnam ketika bertemubual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua menyatakan, peraduan nyanyian yang pernah diadakan banyak kali pada beberapa tahun lalu ini, bukan sahaja telah menyediakan platform interaksi bagi artis muda kedua-dua negara dan juga kondusif untuk mengintensifkan persahabatan tradisional dua hala melalui muzik.

Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Besar China ke Vietnam, Peng Shituan pula menyatakan, para peserta telah menunjukkan bakat mereka melalui nyanyian yang dilihat berguna bagi mendorong persahabatan kedua-dua negara.

Temasya nyanyian ini mula dianjurkan oleh Radio dan Stesyen TV Guangxi pada tahun 2005, dan sejak 2010, finalnya diadakan setiap tahun di China dan Vietnam secara bergilir.

曹捷