Eksport Beras Kemboja ke China Cipta Rekod

2020-01-02 14:21:48  CRI
Share with:

Beras yang dieksport Kemboja ke China pada tahun lalu mencipta rekod baharu dengan jumlah yang mencatat 222 ribu tan, meningkat 35% berbanding tahun sebelumnya.

Pengurus Besar Kumpulan Pemeriksaan dan Pensijilan China (CICC) di Kemboja, Chen Qisheng menyatakan pembelian yang semakin meningkat berikutan perjanjian jual beli beras antara kerajaan membawa kepada kemajuan tersebut.

Untuk itu, banyak kilang pemproses beras di Kemboja telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan pembekalan mereka.

Pertanian merupakan salah satu industri yang menjadi tonggak ekonomi Kemboja, dan beras ialah produk eksport yang paling penting bagi industri tersebut.

Presiden Persekutuan Beras Kemboja, Song Saran menyatakan sejak pengeksport beras Kemboja menyertai Ekspo Import Antarabangsa China, jumlah beras yang dieksport ke China meningkat ketara.

China telah menjadi pasaran eksport terbesar bagi beras keluaran Kemboja.

胡星