BRI Eratkan Kerjasama Myanmar, China

2020-01-07 12:37:13  CRI
Share with:

Interaksi dan kerjasama antara  Myanmar dengan China semakin rancak dengan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Demikian dinyatakan Konsul Jeneral Myanmar ke Nanning, wilayah Guangxi, Soe Thet Naung dalam jamuan sempena hari kebangsaan ke-72 Myanmar malam semalam.

Naib pengerusi wilayah Guangxi, Mo Changying menyatakan pihaknya bersedia bersama-sama Myanmar meningkatkan kerjasama dalam rangka BRI, dengan memanfaatkan platform seperti Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi baharu dan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC).

张弘