China, Indonesia Tumpu Kerjasama Pasaran Modal

2020-01-09 12:49:12  CRI
Share with:

Bagaimana memanfaatkan pasaran modal Indonesia untuk membantu pembangunan syarikat China, tema forum yang diadakan di Bursa Saham Indonesia petang semalam.

Menteri Penyelaras Bidang Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan yang turut hadir berkata pasaran Indonesia berpotensi besar, khususnya bidang-bidang seperti tenaga dan minyak yang permintaannya masih mempunyai ruang luas. Syarikat China dialu-alukan melabur dan mengembangkan urus niaga di Indonesia. 

Beliau menanti-nantikan lebih banyak peluang kerjasama ekonomi dan perdagangan. 

Duta Besar China, Xiao Qian pula berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, China dan Indonesia merebut peluang daripada pembangunan bersama Jalur dan Laluan untuk memajukan kerjasama pragmatik dan hubungan dua hala. Pasaran modal akan menjadi bidang baharu kerjasama pragmatik kedua-dua pihak.

Forum dianjurkan bersama  Cawangan Bank China di Jakarta, Bursa Saham Indonesia dan Persekutuan Dewan Perniagaan China di Indonesia.

梁靓