Gansu Pergiat Dagangan dengan ASEAN

2020-01-09 13:48:46  CRI
Share with:
Gansu, provinsi yang menjadi titik penting di jalan sutera darat, mempergiat kerjasama perdagangan dengan negara-negara sepanjang jalan sutera laut sejak 2010. 

Antaranya jumlah import dan eskport dengan negara-negara ASEAN merekodkan pertumbuhan paling pesat, menyaksikan permintaan tinggi terhadap makanan halal, ramuan ubat tradisional Cina dan produk pertanian tempatan.

Penyelidik Journal Akademi Sains Sosial Gansu, Wang Junfeng memaklumkan, pada Januari hingga Ogos tahun lepas, jumlah perdagangan antara Gansu dengan negara-negara ASEAN mencatat RMB2.58 bilion (RM1.52 bilion), meningkat 29.6% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerjasama pelaburan antara Gansu dengan syarikat di negara-negara ASEAN seperti Singapura, Kemboja dan Indonesia juga semakin rancak, dengan jumlah keseluruhan pelaburan sebenar hampir USD150 juta (RM614 juta).
张弘