Tokoh Myanmar Alu-alu Lawatan Xi

2020-01-11 15:32:44  CRI
Share with:
Tokoh pelbagai lapisan masyarakat Myanmar mengalu-alukan lawatan Presiden China, Xi Jinping yang dianggap akan mengeratkan lagi hubungan dua hala. 
  
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik China-Myanmar. Ketua editor majalah "D-Wave", Monywa Aung Shin menyifatkan lawatan Presiden Xi sempena titik bersejarah ini sebagai hadiah tahun baharu yang paling baik.

Penulis terkenal Myanmar, U Hein Latt merupakan pengarang buku "Koleksi Kilasan Pilihan Xi Jinping" dalam bahasa Myanmar. Beliau yang sentiasa menumpukan perhatian kepada pembangunan China berkata, lawatan Presiden Xi kali ini akan memacu pembangunan Koridor Ekonomi Myanmar-China serta kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan budaya.

Presiden Persatuan Persahabatan Myanmar-China di Mandalay, U Po Myint yakin lawatan tersebut akan membantu merancakkan lagi pelaksanaan projek-projek yang berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


 

 

张哲