Festival Filem, Drama China di KL

2020-01-15 13:27:07  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1981177623

'Festival Filem dan Drama Bersiri Televisyen China 2020' membuka tirai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam semalam.


Aktiviti anjuran kedutaan besar China bersama Jawatankuasa Jalur dan Laluan Malaysia, mempromosikan tujuh filem serta 11 drama bersiri dan 15 dokumentari.

Tujuh filem tersebut akan ditayangkan di pawagam Mid Valley Megamall secara percuma pada 16 hingga 19 Januari, sementara drama bersiri dan dokumentari akan disiarkan melalui saluran televisyen dan platform dalam talian tempatan pada sepanjang tahun ini.

图片默认标题_fororder_1522303053

Utusan Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai dalam majlis tersebut menyatakan, pada beberapa tahun kebelakangan ini, China telah menerbitkan banyak filem dan program televisyen unggul yang tarafnya makin tinggi dan profesional. 


Beliau yakin kerjasama kedua-dua negara dalam industri perfileman dan televisyen akan lebih cerah.

 

图片默认标题_fororder_722749544

Duta Besar China, Bai Tian pula menyatakan, sepertimana China mengenali dunia luar melalui layar perak dan kaca televisyen, begitu juga dunia lebih mengenali China.

 

曹捷